Khamis, 18 April 2013

Menu istimewa untuk Alwani.

Pagi tadi sempat sediakan menu baru untuk adik iaitu.... bubur nasi + rebusan sayur brokoli, lobak dan bayam merah. lagi baik kalau sayuran tu di stim saja. tapi take time sikit la. tak kisah la stim ke rebus ke.. yg penting khasiat sayuran tu tak hilang.

Cara2nya -
1 - masak bubur nasi macam biasa.
2 - potong kecil lobak merah, brokoli dan beberapa helai daun bayam (boleh guna sayur lain juga).
3 - rebus  lobak merah dan brokoli dulu. bila dah empuk tutup api dapur kemudian masukkan daun bayam (kalau direbus sekali nanti khasiat bayam hilang).
4 - toskan. ambil sedikit air rebusan supaya hasil kisaran nanti cair sedikit.
5 - asingkan sayuran dengan bubur nasi. tujuannya.... kot2 si kecil tak ready nak makan sayur lagi... boleh bagi bubur kosong saja. (Alwani dia makan aje semuanya... bagus3X)
6 - boleh la di hantar ke rumah pengasuh. senang aje kan. masa yang diambil pun tak lama sangat. selamat mencuba.

 hasil rebusan yang sedia untuk dikisar. ambil air rebusan sedikit untuk lancarkan proses kisaran.
 
 tadaa... ini hasilnya.
 
bubur nasi dan sayuran kisar menu untuk hari ini.
 
p/s : jemput singgah ke Alwani Baby Land ye. tq.



Rabu, 17 April 2013

Alwani genap 9 bulan.

waduh..waduh..waduh... pejam celik pejam celik tau2 alwani dah berusia 9 bulan. cepat sungguh anak ibu ni membesar dengan sihatnya. diperingkat usia 9 bulan ni, alwani dah berani berdiri dengan sendirinya. bila dapat berdiri tu siap bersuara lagi... solid food pun dah macam2 dia makan. menu utama adalah bubur nasi + lauk2 yang dikisar halus + sayur2an yang dikisar (kalau malas chop halus2.. masak sekali dengan bubur.hehehe..). alhamdulillah... seronok sangat hati ibu bila Atok bagitau yang adik berselera makan. ni nak bagi petua sikit bagi yang nak memulakan solid food pada baby. bubur asalnya dari beras kan... so.. disyorkan uols beli beras wangi. beli yang paket kecil. untuk alwani.. ibu guna beras wangi sunwhite. kalau guna beras wangi ni kita tak perlu tambah gula + garam sebab manis beras itu sendiri dah buat baby selera. orang tua makan nasi dari beras wangi pun makan bertambah2. selamat mencuba.  :-)
 
beras wangi khas untuk adik.

  ayah beli kerusi untuk adik.. dah boleh makan semeja.
 
 masa untuk bermain..
 
"awak tengok saya.. saya tengok awak"
 
 
p/s:jangan lupa singgah Alwani Baby Land. terbaikkk..

Isnin, 8 April 2013

Aktiviti di kampung.

Minggu lepas kami balik kampung di Raub. Selalunya kalau balik kami borak-borak dan bergotong-royong di dapur. lagi seronok kalau semua adik-beradik ada. memang riuh rumah macam ada kenduri gamatnya. kami sampai jam 3 petang hari sabtu. lepas rehat + minum ... angin bertiup kuat dan hari pun agak mendung. tup tap tup tap...hujan lebat pun mencurah2 dari langit. teringat masa zaman kanak2... kalau hujan lebat dan takde guruh seronok mandi hujan. apa lagi... suruh anak2 tukar baju...then minta izin ayah tuk mandi hujan... seronok bangat anak2. ibu ayah pun tumpang seronok tengok gelagat anak2 first time mandi hujan. Tok Aki siap bagi tugas lagi.. suruh tadah air hujan dalam bekas tadahan. lama gak anak2 main hujan dari selebat2 hujan... renyai.. lebat balik... renyai.. pujuk ajak gi pasar sabtu baru nak naik rumah. best sangat moment hari tu. Alwani ???... hehehe... dia merenung jauh tengok abang + kakak mandi hujan. sian adik...

 minah ni sibuk nak mandi sungai. nah kau.. mandi hujan siap posing lagi.

 tadah air ye along. tugasan dari Tok Aki.

 nak peace juga.

tetamu tak di undang dok kat betis aiman.


Petang tu kebetulan kaklong fadyla dari Kota Bharu nak gi UiTM SA (ambil anaknya) singgah rumah jap. sempat la borak2 + dinner sama. dipeluk ciumnya Alwani. seperti biasa Alwani malu2 + segan sambil bibir cebik. hahaha... cute sgt masa ni.

 juna, alwani dan aisyah.

 ini aktiviti wajib ayah pada anak2nya. tampung anak dengan sebelah tangan. i loike..

dalam banyak2 shot.. yang ni paling ok. alwani takut kena tinggal.

berat hati kami nak gerak pulang ke puchong. tinggal abah dengan ma berdua saja. kami tetap berdoa agar abah ma sihat dan bahagia selamanya. abah.. ma.. nantikan kepulangan kami lagi ye. love you all forever. 

note :  dapatkan keperluan anak2 anda hanya di Alwani Baby Land. 

Jumaat, 5 April 2013

JULNAR ENTERPRISE... wow!!

Salam Jumaat pembaca sekelian. Hari ni rasa aman dan tenang sekali. Syukran ilaAllah atas nikmat yang dikurniakan. Tengok title kat atas tu... JULNAR ENTERPRISE... nak bagitau kat you all yang Alwani Baby Land secara rasmi telah berdaftar dengan SSM untuk melakukan penjualan barangan yang sah. so... you all tak perlu risau.. tak perlu khuatir ketika berurusan dengan ALwani Baby Land. Kami amat berharap sokongan berterusan dari you all dalam bidang ini. Support kami ye.. TQ.




Isnin, 1 April 2013

Promosi ABL dah tamat.

Assalam semua dan salam 1Malaysia. Tepat jam 12 tgh malam td tamatlah promosi buat followers Alwani Baby Land (ABL) untuk menikmati potongan harga yang menarik bagi setiap barangan. Jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua kerana sudi berurusan dengan kami sama ada melalui kiriman sms, whatsapp, emel atau yg pm page ABL. Pelbagai tawaran2 hebat akan muncul lagi khusus buat kawan2 yang LIKE page Alwani Baby Land.

Kawan2.. stok baru dah sampai. belum sempat ambil gambar dah ada yg sold out. so.... nantikan yang terbaik dari kami ya.

LIKE n SHARE untuk harga istimewa.  lai..lai..lai..