Isnin, 2 Disember 2013

Susu kambing asli plus 8 makanan sunnah.

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia to all readers. dah bersawang blog kesayangan ku ini. walaupun tak sekreatif mana kan... boleh la..insyaAllah... ada mood nnt akan ku perindahkan lagi blogku ini.

Hari ini nak berkongsi cerita mengenai susu kambing. Post sebelum ni (baca kat sini) Alwani dah mula minum susu formula + susu EBM. Abang dan kakak sebelum ini minum susu lembu jer. maklumlah dulu sukar nak dapatkan stok susu kambing khusus untuk bayi dan kanak-kanak. Untuk Alwani ... memang aku berhasrat untuk beralih ke susu kambing. sebab apa??? sebab.... hasil carian dengan en gugel... ada menyatakan bahawa susu kambing : - 
  • Struktur susu kambing adalah yang paling hampir dengan susu ibu (susu terbaik selepas susu ibu)
  • Para Nabi membela kambing dan minum susu kambing (sunnah)
  • Susu kambing lebih mudah dihadam (20 minit ) berbanding susu lembu (2 jam)
  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh

Susu kambing yang Alwani minum sekarang ini ialah Susu Kambing MiQaLicious Plus 8 Makanan Sunnah. 8 makanan sunnah tu adalah habatussauda, delima, kurma, zafaran, buah zaitun, kismis, buah tin dan madu. 
  • habatussauda - meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit)
  • delima - kaya dengan vitamin A, C dan E yang boleh mengelakkan demam dan selsema
  • kurma - mengandungi kalsium yang sangat tinggi dan memelihara sistem saraf
  • zafaran - menyembuh 1001 penyakit, menghilangkan keletihan dan masalah kemurungan
  • buah zaitun - bertindak sebagai penambat zat makanan serta membaik pulih perut
  • kismis - mencerdaskan minda dan mengubati penyakit lupa
  • buah tin - kaya dengan omega 3 dan omega 6
  • madu - menguatkan antibodi

Kelebihan Susu MiQa ni antaranya : 
  • sesuai bagi bayi yang alah pada susu lembu
  • membantu menguatkan daya ingatan
  • kalsium yang tinggi membantu dalam pembentukan tulang dan gigi
  • menguatkan sistem imunisasi paru-paru
  • mudah hadam. sangat sesuai bagi yang ada masalah sembelit
  • merawat masalah kahak, asma, ekzema serta kerap demam selsema

Dan yang pastinya Susu Kambing MiQa ini juga telah diperakui oleh :
  • diperakui HALAL oleh JAKIM
  • telah mendapat sijil MeSTI dari KKM
  • LULUS Quality Control
  • buatan Malaysia
  • terdapat dalam 2 perisa iaitu perisa original dan coklat.
Dah masuk bulan ke 4 Alwani minum susu kambing Miqa. Setakat ini tiada alahan apa-apa pun. Najis ok, warna urine jernih, tiada ruam lampin, makan pun berselera dan tiada masalah sembelit. batuk selsema pun cepat sembuh. alhamdulillah. seronok tengok anak sihat dan yang paling bestnya... impian kami untuk bertukar kepada pemakanan sunnah dan produk tempatan/bumiputera dipermudahkan olehNya. sokonglah barangan buatan Malaysia !!! hihihi.. ter over pulaks.

Siapa yang nak bertukar dari susu lembu ke susu kambing MiQaLicious + 8 makanan sunnah boleh order terus dengan ABL atau call/sms/whatsapp ke 012.666.1024 atau 019.641.8285



Khamis, 17 Oktober 2013

Kulat susu @ thrush

Salam ukhwah kepada pembaca semua. lama tak bersiaran since post weeding anniversary. hehehe... ada masalah teknikal sikit. sekarang dah ok. so, topik kali ini yang boleh dikongsikan bersama ialah oral thrush. orang kampung sebut kulat susu. selalunya ia terjadi disebabkan sisa susu tepung yang diminum anak-anak kecil melekat di sekitar dalam mulut bayi. Alwani pun kena thrush ni. mula-mula tu tak perasan sebab dia selalu masukkan jari ke dalam mulut sambil merengek. kita ingatkan jari dia luka/sakit..... tiup la jari-jari dia. banyak hari alwani berkelakuan macam tu. suatu hari... ketika alwani mendongak pandang ibu dia..... baru la perasan dalam mulut dia sekeliling bibir alwani penuh dengan tompok-tompok putih macam ulser. dia pun tak bagi kita nak tengok. risau tengok thrush tu terus bawa ke klinik. doktor hanya bagi ubat mulut (oral aid) dan ubat antivirus.  lepas 2 hari makan ubat baru nampak kurang tompok-tompok putih tu. nasib baik alwani ni jenis yang tahan sakit. pengasuh kata elok aje di makan dan menyusu. bagi alwani, punca dia kena oral thrush ni sebab selepas minum susu botol dia tak nak sulamkan dengan air masak. dia campak botol air masak walaupun mata dah pejam. bertuahkannn....


Bagaimana thrush berlaku.

‘Thrush’ adalah jangkitan kulat pada mulut yang dialami oleh ramai bayi kecil. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah keseimbangan hormon bayi belum seimbang apabila bayi mengeluarkan hormonnya sendiri. Ia kelihatan seperti lapisan putih. Ianya tidak sakit, tetapi boleh mengganggu bayi waktu ia menyusu atau makan. Tetapi jika kita mengalaminya, ia boleh terasa amat sakit. Kalau atas lidah keputih-putihan itu adalah disebabkan saki-baki susu. Tetapi jangkitan fungal thrush akan menyebabkan keputihan di seluruh bahagian dalam mulut iaitu lidah, lelangit dan bahagian dalam pipi. Bayi akan rasa sakit jika thrush bengkak dan ini yang menyukarkan bayi untuk makan dan menyusu (botol/BF). Kaedah yang selalu digunakan ialah dengan memasukkan jari yang dibalut napkin atau saputangan yang basah.  Cuba lap/alihkan keputihan dengan lembut. Jika keputihan itu tebal... ia akan meninggalkan luka/berdarah sedikit. Tak perlu jumpa doktor. Berikan saja air masak. InsyaAllah ia akan sembuh. Jika rasa tak yakin nak buat kaedah ini... anda disarankan membawa bayi berjumpa doktor.

Bahayakah thrush jika tidak dirawat.

Belum ada kes kematian akibat jangkitan fungal thrush. Cuma bayi akan mengalami kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu/makan. Ini akan mengakibatkan bayi akan dehidrasi dan demam. Jika demam mencecah suhu 38 darjah dan tanda-tanda keputihan tak berkurangan sebaiknya bawalah bayi ke klinik/hospital. Ini mungkin disebabkan jangkitan kuman atau selainnya.

Diharap info ini (mak buat pada cucu-cucnya + hasil carian dari google) sedikit sebanyak membantu anda yang tetiba anak tiada selera makan/menyusu. Cuba lihat dalam mulut anak .Jika ada keputihan cuba bersihkan dan beri minum air masak. InsyaAllah dipermudahkan dan anak-anak cepat sembuh, sihat dan ceria. 




Ahad, 8 September 2013

8/9 - Ulang tahun perkahwinan.

Tarikh 8/9 amat bermakna buat diriku dan en suami kerana tarikh keramat itu telah menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah. kenangan diijab kabulkan masih kuat tersemat dalam ingatan

8 Sept 2001

Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan kita yang ke 12. Ina bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan ayang.Mohon ampun dan maaf atas salah silap ina selama kita bersama.Halalkan makan minum ina.Terima kasih atas jasa baik ayang yang sudi menjaga ina tika susah/sakit. Janganlah berputus asa untuk terus mendidik ina dan anak-anak ke jalan Allah. Ina akan tetap berdoa agar ikatan pernikahan ini tersimpul rapi hingga ke hujung nyawa. Juga ayang sentiasa dirahmati Ilahi selamanya.  💖

Khamis, 29 Ogos 2013

Susu lembu vs susu kambing.

Mesti ibu-ibu kat luar sana tercari-cari susu formula apa yang terbaik untuk bayi kita selepas susu ibu kan?? actually sebelum tulis post ni Alwani dah campur minum susu ebm + susu formula di rumah pengasuh. masa umur dia cecah setahun. penerimaan Alwani dgn susu formula ni pun ok. minum aje tak menolak (tu pasal lupa nk update dlm blog.. hehehe). kalau nampak ibu dia je baru dia tolak susu botol. tak kira la ebm or fm. first fm ibu bagi Alwani susu BIO-LAC keluaran era edar marketing. bagi ibu2 yang memang cukup2 2-3 bulan bg BF pada bayi boleh cuba bagi susu ini. struktur susu tu pun cair seakan-akan susu ibu.

Susu BIO-LAC - telah dirumus mengikut nilai keperluan pemakanan garamtisu biokimia (BTS) yang berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khusus untuk tumbesaran, menjadi sumber nutrisi utama kepada bayi dan menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai dengan konsep piramid makanan. 



Sebab apa ibu ambil susu bio-lac ni???... sebab masa Aiman baby dulu pernah bagi dia makan Growell. ketika mengandungkan Juna pula memang ambil set Salindah + Growell. memang berkesan produk-produk keluaran eraedar ni. tu pasal takde rasa was-was nak guna produk ni. RTC pun ambil until now iaitu remidi tambah susu badan. ok.. sambung citer Alwani tadi... susu BIO-LAC ni guna sebungkus aje... pastu guna susu lain plak... hehehehe.. sj suka tukar2 sambil google apa yg terbaik untuk si comel kita. susu fm kedua Alwani ialah.... iLHAM



Kononnya taknak bagi anak susu lembu ler.. susu iLHAM ni sama seperti susu biasa cuma kelebihannya dari segi terapi ayat A-Quran disamping khasiat tambahan seperti kurma, kismis, badam, ginko dan maca. struktur susu masih seakan-akan warna susu ibu. pernah suatu hari tu sediakan susu iLHAM untuk Alwani yg tetiba merengek tapi mata pejam. bagi dia minum susu tu jam 730 mlm. tapi biasa la.. bila tau ibu dia ada... 1oz sj dia minum. so yg baki tu biarkan aje la dlm botol smpi esok hari jam 630 pg. yang bestnya... struktur susu tu yang dah dekat 12jam masih cair mcm mula2 bancuh. takde pembentukan lemak susu macam susu yg dh basi. wahh... rasa best plak guna susu ni. tapi biasala ... cukup sebungkus guna, Alwani minum susu lain plak. hehehehe... ibu dia suka tukar2... yang ni baru 2 hari minum. so far tiada alahan atau penolakan. Aiman dan Juna pun tak pernah minum susu ni... jeng..jeng..jeng...  google punya google... terjumpa la susu kambing Karihome. 


Susu kambing ni menurut kajian pakar pemakanan bayi/kanak2.. adalah susu ke 2 terbaik selepas susu ibu dan minum susu kambing adalah sunnah kerana Nabi junjungan kita mengamalkan minum susu kambing. khasiat susu kambing juga menyamai khasiat susu ibu. so.. susu kambing ni bagus la untuk bayi. bukan untuk bayi sj... juga untuk orang dewasa. antara lain kelebihan susu kambing ialah :

  • kandungan potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium yang rendah. Ia dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • membantu menguatkan tulang dan gigi.
  • kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.
  • sangat sesuai untuk ibu mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan anak.
  • mencantikkan kulit dan merawat penyakit.
  • menguatkan sistem immunisasi paru-paru dan bersifat anti-arthritis
  • menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
  • amat disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu.
  • susu kambing juga dapat membantu memulihkan gastrik, ulser perut, penyakit kuning, insomnia, heoatitis A, migrain, gout, buah pinggang, kencing manis dan membantu mencegah kanser.
wokey... lega rasa hati pabila Alwani dpt terima semua susu kat atas ni. in the same time susu ebm masih dibekalkan kepada pengasuh. susu fm ni just as backup memandangkan hasil ebm dh tak semeriah dulu. hasil carian ibu lagi tentang susu kambing ni... dengan izin Allah... ibu terjumpa 1 lagi produk susu kambing buatan tempatan ditambah dengan 8 pemakanan sunnah iaitu habatussauda, delima, kurma, madu, zafaran, zaitun, buan tin dan kismis. susu ni first time dengar iaitu .. Susu Tepung Kambing Asli MiQaLiciuos yang pertama di Malaysia. Ia dikilangkan di Intan Biotech Sdn Bhd dan milik sepenuhnya oleh bumiputera melayu dan beragama Islam. lepas ni susu Karihome akan digantikan dengan susu ni pulak.

Syukur alhamdulillah... dapat juga jumpa fm untuk Alwani. ada 3 jenis tu . pasni boleh la rotate susu takde la budak comel tu jemu. 

Harga susu di pasaran : 
1. Bio-Lac - RM23
2. iLHAM - RM48.90
3. Karihome - RM49.90 (harga ikut tuan kedai)
4. MiQaLicious - RM42.90


p/s:feel free pls visit ABL @ FB ABL 

Rabu, 21 Ogos 2013

Panduan terbaik mendidik anak lelaki.

Hari ini nak berkongsi ilmu dengan semua berkaitan cara/kaedah mendidik anak lelaki. Pepatah ada mengatakan " menjaga anak perempuan lebih susah dari menjaga sekandang lembu". mesti korang pernah dengarkan. sebenarnya... menjaga anak lelaki juga tak senang seperti yang disangka. memiliki seorang anak lelaki yang sedang meningkat remaja ni pun pening kepala dibuatnya. so... meh kita amalkan panduan yang diberikan oleh Dr Harlina Siraj.



surah Taha ayat 1-5

surah Taha ni.. elok baca ketika anak-anak dah tidur. lagi mudah ketika bayi.. sambil susukan anak tu baca surah Taha then tiupkan diubun-ubun kepala anak. nak tiuppada pasangan pun boleh asalkan niat yang baik2 saja. so.. jom kita amalkan baca surah Taha since anak-anak kita masih kecil dan praktikkan panduan dari Dr Harlina Siraj. insyaAllah dipermudahkan urusan kita dalam mendidik anak-anak mengikut sunnah dan ajaran agama tercinta iaitu ISLAM.

Sekian panduan untuk kawan-kawan dan diri sendiri.

 p/s : LIKE, SHARE n BUY with ABL

Jumaat, 16 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H. Maaf Zahir Batin.

Assalam readers. hopefully you all dalam keadaan sihat2 selalu. maklumlah, sebulan berpuasa... tibanya Syawal semua makanan kita balun.  macam adik lelaki ibu yang sorang ni, raya ke-3 dah kena admit ward sebab food poisoning. nasib baik sehari je kena tahan. ok la, back to title entry tadi... this year turn beraya di kampung en suami di Felda Tersang 3.  kami apply cuti tak lama sebab baki cuti en suami tak banyak dah. kami bertolak balik ke kg pd awal pagi 7/8 iaitu sehari sebelum raya. sempatlah berbuka sama beramai-ramai. penuh rumah dan riuh rendah dibuatnya. tema raya kali ni adalah hijau turquoise. 

nak letak gambar ni juga. ibu sibuk masak untuk berbuka, adik pun sibuk nak duduk dapur. 

Day 1 Raya.
Pagi raya, alhamdulillah... anak-anak bangun awal pagi (selalunya payah nak bangun). sempat bekpes nasi himpit + rendang + kuah lodeh beramai-ramai sebelum bergerak ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. selesai solat kami teruskan dengan aktiviti bergambar kenangan (dah jadi acara wajib setiap tahun). tengahari pula, kami beramai2 beraya ke rumah pakwe + makwe di tersang 1, then gi rumah pak sedara wani, rumah pak sedara ibu dan rumah kawan ma. ingat nak sambung beraya... tapi anak2 kecil dah start buat peel. ngantuk la tu. so, kami semua balik rumah. tidurkan anak masing2 dangan mak2 pun zzzzzzzzz.  hihihi..

aksi free style  Jamil's family 
belakang dari kiri : Atan, juju, aza&nan, en suami, alwani, ibu, wani &oyie
duduk dari kiri : fendi, danisha, din&miza, ma, abah, achik n bugeen
duduk bawah dari kiri : juna, alya(anak aza&nan), aiman, iman(anak wani&oyie) n syafiqah(anak din&miza) 

keluarga bahagia dan tercinta. susah nak ambil gambar ni sebab alwani takmo duduk diam.

 kecil2 dan pandai buat gediks.. sayang adik.. muah!!

 real baby face. tq to tukang ambil gambar.

 adik-beradik en suami. 

 along dan juna - jadi anak yang soleh ye. ibu sayang kamu.

Day 2 Raya.
Day 2, kami mesti beraya ke temerloh kg tempat kelahiran en suami. priority adalah untuk ziarah pusara arwah mak kandung en suami dan pusara-pusara saudara-mara. tak jauh pun sebelah-sebelah je pusara mereka. alhamdulillah, kawasan perkuburan di situ sangat bersih dan dijaga rapi. selesai menziarahi kubur, kami mula beraya ke rumah saudara-mara. adala dekat 8 buah rumah kami kunjung. yang bestnya... kami dihidangkan makan malam lauk ikan patin masak gulai tempoyak.... fuh!!! memang rezeki kami. bertambah2 nasi dibuatnya. ini baru asli masakan orang temerloh. suka..suka..suka... seronok sangat raya kat sini. gerak balik ke rumah jam 1130 mlm. tuuuuu dia... ni baru betul2 dalam sejarah. sakan beraya. alhamdulillah.

p/s: gmbr xde... asyik dok makan + borak saje.


Day 3 Raya
Raya ke 3 - gerak balik my home town at Kg Gajah Perak. kami bertolak tengahari. sampai gombak dekat jam 3.30 ptg. kami singgah di Giant Batu Caves untuk lunch dan solat. kali ni balik Perak ikut KL then masuk Sg. Buluh. tak ikut Ringlet/Simpang Pulai/lalu Cameron Highland sebab taknak ambil risiko pening kepala a.k.a mabok. kami smpi jam 9 mlm terus beraya ke rumah Cuman. dinner kat situ masakan kg. mak dan adik-beradik yg lain pun dinner sekali. mmg sodap. terbaikk!! perut dah kenyang terus balik rumah mak. tak jauh pun... dlm 10 minit dh smpi. bersih2kan diri dn anak2.. then terus zzzzzzzzzzz....


Day 4 Raya
~~~~   sambung kemudian.. nak balik dah ni. rindu kat si tecik alwani ~~~~~~
Raya ke 4, kami pergi ke rumah abang kepada emak (ayahuda). kebetulan isterinya tengah berpantang anak ke 2. then ke rumah sepupu mak selang 1 buah rumah. on the way balik kami beraya ke rumah opahcik/tokcik. alhamdulilllah... walaupun usia emas mereka mencecah ke angka 80an mereka tetap nampak sihat dan boleh lagi bergurau senda.

anak2 bersama moyang belah opah.

Day 5 Raya
Hari ke 5 raya kami ke rumah sedara-mara di Taiping. sedap menu2 yang disediakan. bertambah2 lagi. layanan yang diberikan pun superb.. terbaekk!!!

Day 6 Raya
Kejap je dah nak seminggu raya. raya ke 6 ni hari kami meninggalkan kampung halaman. huk..huk..huk... sedih la pulak.  nak tak nak... kena balik juga. opis dok melambai2 kahadiran staffs yang bercuti. tapi... raya tetap raya. on the way balik tu sempat lg menyinggah raya umah2 mak sedara. hihihi... semangat u.

tamat la sudah episod minggu raya tahun 1343H=2013. sambung raya kat bandar pula memenuhi jemputan open house sahabat-handai. alhamdulillah.

Isnin, 22 Julai 2013

SALE!!! Nursing Bag - Classic Pooh - Part 1

Salam ukhwah reader semua. kepada sesiapa yang ada anak kecil/bayi, Alwani Baby Land (ABL) ada jualan murah untuk nursing bag + freegift lagi. Nursing Bag brand Classic Pooh. harga pasaran mencecah RM79.90. beli dengan ABL serendah RM49-RM59 sahaja. mudah untuk simpan pakaian dan peralatan2 bayi yang lain. siapa cepat dia dapat. sebarang pertanyaan boleh call/sms/whatsapp ke 0126661024/0196418285. atau boleh pm kami di fanpage Alwani Baby Land.


 RM49

 RM49

RM59

Jumaat, 19 Julai 2013

Safi Rania Gold - bersama Rozita Che Wan

Sekejap ajekan dah 10 Ramadhan. pastu 20 Ramadhan..... pastu 30 Ramadhan... esoknya raya.. tapi bukan nak citer pasal raya ye .. ibu nak citer yang ibu dapat jumpa pelakon cantik Rozita Che Wan. ehem..ehem...teruja you. secara jujurnya.. Cikta ni cantik, comel dan kelakar juga orangnya. syukran ilaAllah atas ciptaanNya. Cikta datang atas jemputan dari PUSPANITA untuk program Safi Rania Gold Ramadhan. nak bagi cantik di hari lebaran nanti. yang bagusnya program ini ada slot tentang struktur kulit muka dan cara penjagaannya. penyampainya seorang doktor pakar kulit dan kecantikan. good info dari doc. antaranya.. banyakkan minum air masak/suam, elakkan makanan segera, rajin bersenam, gunakan losyen yg ada SPF dan macam-macam lagi. penggunaan SPF doc tu kata seelok2nya guna since umur 4 tahun. haaa... terkejut audien dengar.  lepas ni mummies kena rajin sapu losyen pada anak2 tau... tujuannya untuk melambatkan proses penuaan. cam cikta ler.. awet muda gitu.

 mendengar taklimat dari doctor pakar kulit.

 sila abaikan pic ibu ye.. teruja sesangat masa tu.. hik..hik..hik..

cikta bagi doorgift. semua orang dapat. tq Safi Rania Gold. nanti bagi lagi ye.

jom pakat-pakat jaga penjagaan kulit muka bersama produk Safi.diperakui halal oleh JAKIM.


Rabu, 17 Julai 2013

Happy Birthday to Alwani - 1 tahun

17 Julai = 8 Ramadhan, genap umur anak ibu Alwani 1 tahun. Allah Maha Besar atas kurnianNya kepada kami sekeluarga. 7 tahun menanti kehadirannya dan 7 tahun juga berbagai ujian dan dugaan ibu dan ayah tempoh dalam usaha mendapatkan Alwani. Ibu pun rasa dah bersedia nak berkongsi pengalaman dengan readers semua apa yang berlaku di sebalik 7 tahun menanti. lain entry ibu cerita ok. sekarang nak bercoret pasal si comel ibu ALWANI.

Happy birthday adik.... syukur tak terhingga adik membesar dengan sihat walaupun di saat-saat kelahiran adik... doktor mengatakan jantung adik ada masalah. doa tak putus-putus ibu ayah panjatkan kepada Maha Pencipta agar 'andaian' doktor tidak benar sama sekali. doa dimakbulkan alhamdulillah. 

cuma di awal usia 3 bulan adik kerap muntah susu. adakalanya muntah keluar melalui hidung. adik perlu pangawasan setiap masa sebab menyusu atau pun tak menyusukan... adik tetap muntah susu juga. jaundis pun adik ada juga. bacaan darah tak turun tak naik tapi lepas border. kena ambil darah juga. saat ini pun memilukan hati ibu ayah sebab dari luar bilik terdengar teriak adik yang begitu kuat seolah-olah menanggung sakit yang teramat sangat. mengalir air mata ibu mendengarkan sedu-sedan adik. mujur ada ayah yang begitu tenang sambil memujuk ibu. dalam usia ini juga adik dah boleh meniarap. ya Allah... terkejut ibu. kena sendal bantal golek di kiri kanan badan. 


 3 jam selepas dilahirkan.

  nak tido dipangkuan ayah. manja le tu.

  dah pandai jeling2.

pipi yang tembam itu sudah tiada kini..

perkembangan tumbesaran adik adalah normal. alhamdulillah. dari meniarap terus nak duduk. mula-mula tu risau juga maklumlah pinggang tu lembut lagi. kami biarkan saja sebab adik duduk atas kemahuan sendiri bukan orang dudukan. happy sangat masa ni. hooyee..hooyee...... fyi too  adik dah sampai Hatyai ketika usia 4 bulan.. hihihi.. best jalan-jalan makan angin. adik pun tak banyak ragam gud girl.


sebelum masuk Ice Doom.

nak tunggang gajah kat sini. best... jauh gak gajah tu bawa jejalan.

Tesco Lotus -  syurga membeli belah. beribu2 bath habis. 

Ni kat Sadao. posing dulu sebelum brekfast.

5 of us. happy family.

antara along dan kakak... adik ni memang perkembangannya cepat. usia 11 bulan dah boleh berjalan. hehehe.. suka sangat ibu boleh beli kasut yang cute2.  susu ibu pun dia yang paling lama (untill now). cuma solid food dia lambat sikit iaitu ketika usia 7 bulan. abang kakak dia 4 bulan dah mamam. betullah kata orang... lain anak... lain sakit mengandungnya, lain sakit melahirkannya dan peel pun lain. sakit nak bersalinkan adik dulu sekejap dalam lebih kurang 4 jam. dok dalam labor room 40 minit dah salin dah. alhamdulillah.


adik ikut ayah dan along gi ngeteh.

demam + batuk + selsema itu biasa la. mana ada orang sihat sepanjang hayat dia kan. tipu la tu. adik pernah alami sakit tu semua. dan yang paling 'best' (best la sangat...) part nak bagi makan ubat. ya Allah... bersilat di buatnya. word feberet adik "ayah", "opah", "aka" dan "ma". en suami paling suka word ayah. sweet sangat dan manja. siap ada tone lagi bunyi  "aaayahhhhhh" (jeles ibu dik). 

dah pandai nak order makanan.

itulah dinamakan perjalanan hidup seorang hamba. ibu ayah bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang dikurniakanNya. kehadiran adik juga telah memberi cetusan idea untuk memulakan perniagaan atas talian iaitu Alwani Baby Land. perniagaan secara part-time ini semakin hari semakin menampakkan hasilnya. alhamdulillah. kawan-kawan... support us ok.tq.

Selamat ulang tahun pertama adik. ibu ayah doakan yang terbaik buat adik dunia dan akhirat. amin. 


Selasa, 16 Julai 2013

Qada' puasa dan fidyah - Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-Mubarak 1434

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-mubarak. bulan yang mulia ini mengingatkan kembali saat-saat berpantangkan Alwani setahun yang lalu. dan maka dengan itu... 30 hari ibu meninggalkan puasa. bukan sengaja meninggalkan yang wajib ini tetapi itulah yang ditentukan Allah. 

Di sini, saya nak berkongsi mengenai puasa ganti (qada') bagi wanita bersalin (berpantang) dan fidyahnya. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:

1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.

2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.

3- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah

4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.

5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga memberi fidyah.

Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama, wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya.

Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3/168]. Allah Maha Mengetahui.

~Oleh: Ustaz Fathi al-Sakandary ~


Yang ni pula sumber dari Pusat Pungutan Zakat iaitu :
Golongan yang dikenakan fidyah

BilGolonganFidyah
1.Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh.Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2.Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasaFidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3.
Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:
i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.
iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinyaWajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.

Dulu, ibu selalu ganti puasa sebab 'bendera merah'. belum pernah kena bayar fidyah. Kali ini adalah yang pertama ibu menyusukan/berpantang dalam bulan Ramadhan. Jadi, rasa-rasanya macam ikut pandangan yang pertama je. ye la... siapa yang nak mengandung atau bersalin bulan puasa kan. itu semua ketentuan Allah dan Allah telah memberi kemudahan kepada wanita-wanita yang hamil/menyusu. alhamdulillah wa syukran ila Allah.

So... kepada mommies di luar sana, jika ada rasa keraguan tentang perkara ini, rujuklah kepada ustaz/ustazah di tempat anda. insyaAllah , ibu doakan kita semua dapat laksanakan ibadah puasa dengan penuh rasa kesyukuran serta keinsafan. wallahu'alam.

*sumber dari fanpage FB Wardina Safiyyah



Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu - apa yang patut ibu lakukan ?

assalam reader semua. sekarang dan tika ini negara kita dan negara jiran Singapura sedang diuji Allah apabila di landa jerebu dengan hebat sekali dan ada kawasan di istiharkan darurat oleh PM. Seluruh sekolah di negeri Selangor dan Wilayah di arah tutup. Beberapa sekolah di negeri lain juga ada yang diarah tutup. Ini semua adalah sebagai langkah berjaga-jaga demi mengelakkan tahap kesihatan semakin merosot. Sekarang ini pun ramai yang menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti sakit tekak, batuk, selsema serta lemah-lemah badan memenuhi pusat-pusat kesihatan. yang paling membimbangkan ialah bayi-bayi dan anak-anak kecil.
 
Tanda dan gejala kesan jerebu.
 
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :
1- terasa gatal-gatal dikerongkong dan batuk-batuk
2 - sukar untuk bernafas atau sesak nafas
3 - mata terasa pedih dan berair
4 - hidung berair dan kerap bersin
5 - kulit badan terasa gatal-gatal
6 - sakit dada
 
 
Tip untuk neutral udara dalam rumah.
 
Ok .. kat sini saya akan berkongsi tip ni kepada reader semua. tip ni saya dah buat suatu ketika dulu pada tahun 2002 di mana tahun berkenaan negeri Selangor telah diistihar darurat kerana jerebu yang amat kritikal. dulu kami tinggal di Pinggiran Batu Caves, Selangor. rumah flat 5 tingkat dan kami duduk tingkat atas sekali. kabus jerebu memenuhi rumah kami. aiman bayi ketika itu. insyaAllah tip ini boleh meneutralkan aliran udara dalam rumah kita.
 
Jika kabus jerebu dah berada dalam kawasan perumahan kita dan ada bau asap apa yang reader perlu buat ialah :
 
1. pastikan semua tingkap, pintu, sliding termasuklah ruang tingkap di ruang bilik air berTUTUP RAPAT.
 
2. tadah air paip dalam besen/baldi (separuh saja). kemudian letakkan di tengah rumah. kalau dalam bilik ada bau asap.. letakkan satu baldi dalam bilik. kuasa alam iaitu air itu sendiri akan meneutralkan udara dalam rumah kita. besar rumah banyakkan lagi air tadahan.
 
3. on hawa dingin/kipas angin untuk kurangkan rasa bahang panas dalam rumah. 
 
4.banyakkan minum air masak atau minuman kesihatan/supplement  untuk diri sendiri dan anak-anak. saya bagi anak-anak scott emulsion, madu tualang dan rumpai laut. alwani pun bagi minum sikit.
 
5. guna penutup hidung dan mulut a.k.a mask jika ingin keluar dari rumah.
 
sekarang ni pun memang letak satu besen kecil berisi air di ruang tamu. siapa cuba dia dapat rasa perbezaannya.
 
ok kawan-kawan... selamat mencuba.
 

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia.

Khamis, 20 Jun 2013

Tonsil bengkak.. Alwani demam lagi.

Salam ukhwah semua.. nak bgtau ni.. sekarang Alwani dah genap 11 bulan. cepat sungguh masa berlalu. rasa macam baru saja lagi berpantang dengan budak comel ni. Sehari sebelum sesi persekolahan di buka minggu lepas, Alwani diserang demam panas. rupa-rupanya tonsil dan tekak dia bengkak.
 
Demam kali ini memang agak teruk sebab si comel Alwani tak mahu makan dan tak mahu minum susu. sehari sebelum demam.. perasan juga kenapa bila suapkan bubur nasi dia buka mulut pastu luehkan semula bubur tu. susu ibu pun sikit sangat dia hisap. kesian anak ibu ni. menangis sepanjang hari dan nak berpegang sepanjang masa. touching sungguh hati ibu melihatnya.
 
Hari kedua bawa pergi checkup. doc kata tonsil bengkak. antara puncanya bengkak ialah berjangkit dengan orang yang batuk/selsema atau dari kotoran/habuk yang ada pada apa yang bayi pegang kemudian masuk mulut (orang tua2 kata mengutip). iye kot... sebab tengah laju merangkak... apa yang terlekat di tapak tangan terus mulut (ini kes ibu tak nampak... klu nampak kompem ibu tegah). maka dengan itu... Alwani perlu telan ubat demam, antibiotik dan selsema. banyak susah ooo nak bagi budak kecik ni makan ubat. bersilat ibu dibuatnya. kalau berdua dengan en. suami ok sikit la. now.. alhamdulillah... selepas dua hari demamnya dah ok cuma selsema dan batuk ada lagi.  selera makan dan menyusu still down. lega sikit hati ibu dek.
 
Sekarang ni minta bantuan mak untuk jaga Alwani sebab anak bongsu pengasuh demam chikcen pox. risau gak nak hantar adik. dah la baru baik demam kang tak pasal2 demam lagi. manja la adik dok ngan opah. tateh makin laju.. dh pandai tunjuk baby carrier kalau nak tido. pandai dah nak ajak main.
 
 dah baik demam terus swimming .. lalala..
 
 opah dan along pun swimming juga.
 
dah pandai minum guna sippy cup.
 
Ibu ayah doakan adik, abang dan kakak sihat dan sentiasa dilindungi Ilahi selamanya.
 



Isnin, 17 Jun 2013

Aktiviti cuti sekolah - Part 3

Assalammualaikum sahabat-sahabat sekalian. didoakan kalian sihat sejahtera serta tenang jiwa dan berbahagia bersama-sama yang tersayang. untuk makluman uols .. semalam = 16 Jun, it my birthdate. ehemmm.... usia dah meningkat lagi. syukur alhamdulillah.. sepanjang perjalanan hidup ini, aku sentiasa diuji oleh yang maha Esa. dan setiap ujian yang diberikan terhadapku dapat aku tempuhi dengan redha. syukran ilaAllah. syukran ila usrotun yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan. juga kepada teman-teman yang sudi menghiburkan diriku. Terima kasih kepada semua yang telah wished Happy Birthday to me dan mendoakan yang terbaik buat diri ini. syukran. ok.. jom sambung citer aktiviti cuti sekolah.. yeeaaaahaaaa!!!!
 
me with Alwani

 
Kenduri di Taiping.
 
Part 2 aritu stop sampai celebrate birthday our kids Aiman dan Juna. 2 Jun pula kami pergi ke jemputan di Lambor Kanan (sepupu mak) dan terus ke Taiping (sepupu kita yang kahwin). kami berkonvoi 5 biji kereta dan sepanjang perjalanan cuaca redup. alhamdulillah... kami selamat sampai ke destinasi di tuju dalam cuaca hujan renyai2. bila hujan perut pun lapar. jumpa meja kosong terus duduk dan  bergilir2 ambil nasi minyak. alhamdulillah... sodap ayam masak merah kenduri ni. lama juga kami singgah maklumlah jarang jumpa. macam2 citer diborakkan. lepas asar kami gerak balik. tapi sebelum tu kami singgah di Mee Udang Mak Jah  (MUMJ). perghh... memang terlalu ramai orang makan kat situ. mula2 ingat ada kenduri kahwin... rupa2nya pelanggan MUMJ. kami pun pergi juga join berpusu-pusu sebab nak rasa mee udang yang hangat diperkatakan orang ramai sampi masuk newspaper. ini pendapat kami tentang kelazatan mee udang mak jah... yang lain tu terpulang la. tekak masing-masingkan. kesimpulannya.... MUMJ takde la sedap sangat. biasa-biasa aje. kami ada pergi satu gerai mee udang sebelum ni kat taiping juga.... yang ni memang sedap dari yang MUMJ ...lokasinya... kedai MUMJ tepi jalan besar kan... you all masuk dalam sikit... kedainya tepi parit kecil dan macam gerai kopi fizikalnya. kedai ni kawan kepada my uncle yang punya dan beroperasi dari pagi hingga tengahari saja.  klik sini 
 
 
Lepak di Changkat Lada
 
Balik dari taiping, en suami terus gerak balik Puchong. aku dan anak2 tinggal. memang saja ambil cuti seminggu nak rehat2 di kampung halaman. adikku yg tinggal di senawang N9 pun turut beristirehat di kampung. riuh rumah mak dengan suara cucu-cucunya. kejap2 gelak... kejap2 menjerit keseronokan... kejap2 nangis..kejap2 sunyi (yg ni mesti gaduh ler... merajuk .. taknak kawan dengan orang ni la...orang tu la..) kejap2 suara opah dia bising.. hehehe... seronok anak-anak dapat berkumpul ramai2. aktiviti kami di kampung.... celik mata aje ... makan + watching tv + borak2 + usik/main dengan si kecil Alwani dan Erena + tidur  + makan + borak2 dan macam2 lagi. eemm... bestnya kalau lepak-lepak macam ni tapi $$$$ masyukkk aje.
 
aktiviti paberet adik. abg rayyan monitor. hehehe..

 suka enjut buai.

penat main... rest time zzzzzzzzzzz
 
Memang best sangat rest di kampung halaman. siapa ada kampung??? let share ur story vacation in hometown.  :)
  
***  gambar2 upload kemudian. externel drive tertinggal... huhuhu...
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 14 Jun 2013

Aktiviti cuti sekolah - Part 2

Salam Jumaat semua, didoakan sahabat-sahabat yang sudi singgah ke Indahnya Hidup Ini sentiasa dirahmati serta dipayungi rahmat Ilahi selamanya. Hari ni nak sambung citer aktiviti cuti sekolah lagi (mood tengah rajin update blog.. hehehe).
 
Balik kampung !!!!!
 
5 Hari selepas aiman pergi kem syahdu, kami balik perak sebab ada 3 jemputan kenduri kahwin + 1 jemputan majlis pertunangan dalam masa 2 hari. memang ku nantikan jemputan2 ini sebab dah lama sangat nak makan nasi minyak kenduri kahwin. hik..hik..hik.. sib baik tak mengandungkan.... tapi tak sempat nak bergambar sbb Alwani tidur. photographer a.k.a en suami nak pangku alwani. lagi pun tujuannya nak makan jer.. hihihihi.. sambil2 tu berborak dengan sedara-mara.
 
Hari pertama jemputan - 1 Jun, selesai 2 jemputan kami pun merewang ke Tesco Manjung. ada sebab masuk tesco ni sebenarnya. tarikh 1 Jun adalah birthday Aiman yg ke-11 dan Juna on 2 Jun yg ke-8. as usual kami buat surprise untuk mereka. pakat la kami adik-beradik bersama biras2. cari punya cari.. dapat la tempat kosong di CocoCafe. agak strategik juga tempatnya kebetulan ada 4 meja kosong. sambil order air... kami pun pergi cari kedai kek Secret Recipe (tak ingat nama kek tapi sedap... iloke). dah dapat kek.. cari paper plate, spoon and some snack for anak2 sedara. seronok tengok gelagat anak2 buah yang keriangan bila tengok kotak kek. ibu ayah pun happy dapat hiburkan anak2 hari tu. aiman dan juna dah semakin remaja. mereka pun tak kisah kalau tak potong kek atau tak dapat gift. tapi dengan cara ini, kami dapat gembirakan hati anak2. alhamdulillah. ibu ayah doakan agar kalian menjadi anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. amin.
 
 
 Happy Birthday anak-anak ibu.
 
 semua tak sabar nak tiup lilin.
 
be a good khalifah. amin.

orang yang paling excited.

ni yang sempat snap. yang lain sorry ye...
 


habis makan kek... perut pun dah kenyang... hari pun dah gelap...kami pun bertolak balik ke rumah mak. esok ada 2 jemputan lagi. ada aktiviti juga tau. nnt sambung part 3 pula.
 
sekian.. have fun!!. 

Rabu, 12 Jun 2013

Aktiviti cuti sekolah - Part 1

Assalam semua.. harap sihat dan happy selalu. bersawang sikit blog ni. faham2 aje la ye. as usual la reason nya.. hik..hik..hik... ok. post kali ni nak citer sikit aktiviti kami sekeluarga di musim cuti sekolah.
 
Kem SYAHDU
 
Hari pertama cuti persekolahan, kami dah hantar Aiman pergi Kem Syahdu dengan tagline dia ANAK HEBAT DUNIA & AKHIRAT. Kem ini anjuran SNB Sdn Bhd. rasanya ramai dah tahu siapa pengelola kem syahdu ni. tak lain tak bukan YB Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood serta suaminya Ustaz Akasyah. sememangnya dah lama berhajat nak hantar anak-anak pergi kem ni. alhamdulillah.. cuti sekolah kali ini baru dapat pergi. lagi pun tempatnya untuk sesi pertama dibuat di GMI Bangi. dekat dengan Puchong pun. Mula-mula tu Aiman tak nak pergi. takde kawan katanya. tak seronok lah. takut lah dan macam-macam alasan dia bagi. pucat jugak la muka dia masa sesi suaikenal. kami tunggu la kejap kat luar dewan. nak beri kata-kata semangat dan peringatan pasal beg baju dia. time tea break dapat jumpa aiman kejap. tengok muka dah ok..merah sikit dari mula-mula masuk. syukur alhamdulillah... sambil dia peluk ibu ayah... aiman kata "seronok la ibu ayah kem syahdu ni. ayah ibu pergi la balik... aiman ok kat sini" .. aik!! siap suruh balik lagi. sabar aje la...
 
 
Aiman duduk bahagian tepi sekali 5 dari depan.
 
 Ibu dan Alwani kena paksa bergambar oleh photographer.. huhuhu..
 
Ibu dan Juna dengan rela hati nak ber posing. kih..kih...kih..
 
2 hari 1 malam Aiman di kem syahdu. sebelum majlis penutup ada slot untuk parent dengan peserta. slot terakhir ni memang bagus sekali. bukan kepada peserta kem sahaja tapi juga kepada kami. slot yang mengingatkan kita akan jasa dan pengorbanan ibu bapa diselang-selikan dengan video-video dan zikir munajat juga dendangan lagu-lagu nasyid yang cukup menyentap jiwa serta menginsafkan diri. kawan-kawan semua... jika ada peluang, hantarlah anak-anak kesayangan kita menyertai kem syahdu ini. tak rugi pun. kem ni bukan untuk anak-anak yang bermasalah tau. jangan buat andaian sebelum sertai kem ini. don't judge a book by its cover. memang terkesan dan berkesan kepada anak teruna ku yang seorang itu. alhamdulillah..
 
 Ali XPDC pun hantar anak-anaknya ke Kem SYAHDU.
 
Kenangan bersama Ustaz Akasyah.
 
Ibu Ayah doakan Aiman menjadi anak yang hebat dunia dan di akhirat. Bimbinglah adik-adikmu yang tersayang menuju ke jalan Allah seandainya ibu ayah pergi dulu. Ibu Ayah Sayang Kamu !!