Khamis, 25 Oktober 2012

Salam Aidiladha

Hari ni ramai orang bergerak pulang balik ke kampung halaman masing2 bagi meraikan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 26/10 (esok raya..yea..yea) . aku masih di opis lg. tak ambil cuti sebab en suami tak dapat cuti. mlm nnt baru gerak balik ke Pahang. apa2 pun..kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. kepada yang menunaikan haji..kami mendoakan agar mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang.

Salam Aidiladha buat semua umat Islam.

Isnin, 22 Oktober 2012

Alwani dah meniarap.

Syukur kepadaMu ya Allah. di usia 2 bulan lebih alwani dah meniarap. terkejut kami melihatnya. aku yang risau.. siap pesan kat alwani.. "adik..jangan meniarap lagi ye...awak tu kecil lagi...angkat kepala pun tergoyang2. tunggu besar sikit ye sayang".

"ibu...saya dah besar sikit."



"cantik tak headband saya??"

Didoakan anak-anak2 ibu dan ayah sentiasa dipayungi rahmat Ilahi walau di mana saja kalian berada. doa ayah ibu agar kalian menjadi insan beriman serta anak2 yang soleh dunia akhirat. luv u all so much...

First day at office - aktiviti mengepam di office.

Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur alhamdulillah... dengan izinNya aku dah mula masuk kerja on 15/10 yang lepas. rasa gembira dan tak sabar2 nak mulakan kerja (iye ker @#$%???). dalam keterujaan nak masuk kerja tu.. akhirnya sampai lambat ke opis...huhuhuhu... sorry ye boss (sib baik boss sporting.) lambat sebab terlupa yang aku dah ada bayi kecil. semua aktiviti sejak ada bayi ni kelam kelibut jadinya disebabkan salah menguruskan masa. bak pepatah melayu kata: biar lambat asal selamat.. biar lambat asalkan anak senyum semasa kita ucapkan "ibu pergi kerja..petang nanti ibu ambil adik". eeemm.. tetiba rindu kat anak2 terutama sekali alwani. hanya doa yang berterusan ditujukan buat anak2 ibu setiap saat dan ketika.

Di sini boleh la aku share kan serba sedikit cara-cara aku uruskan EBM kepada pengasuh. pengasuh a.k.a Atok ada bagi tau yang dia tak pernah jaga bayi bagi susu perahan. so, jadi tanggungjawab aku untuk terangkan pada Atok cara-cara menyimpan, memanas dan tahap ketahanan EBM selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

Apa yang aku buat ?

1.   EBM beku - aku keluarkan (jam 11 mlm), rendam dengan air paip dan masukkan dalam peti sejuk. jangan bagi yg beku. kesian bayi lama nak tunggu EBM cair.  

2.   Susu yang fresh aku siap2kan dalam 9oz = 3 botol susu (bakinya aku masuk dlm deep frezer).

3.   Warmer - bagi pada Atok untuk mudahkan pengasuh.

4.   Awal pagi sebelum keluar rumah, aku dah siap2kan semua susu tadi dalam bekas bertutup dan labelkan dengan nombor.camni la lebih kurang: 1-susu fresh, 2-EBM, 3-fresh, 4-EBM, 5-fresh dan 6-EBM. alwani kuat minum susu.. semua susu tu habis. sampai di rumah aku bagi DF.

5.   Perahan susu di pejabat aku teruskan. kena cover balik yang keluar dari deep frezer. (so far berjaya. alhamdulillah).

6.   Terangkan kepada atok yang susu EBM ni perlu dipanaskan dengan suhu 40 darjah celcius saja (ikut dalam buku panduan warmer) untuk kekalkan khasiat nutrisi susu ibu. Jangan bagi bayi air masak. Susu selepas dipanaskan dan baki yang tinggal dalam botol hanya boleh bertahan lebih kurang 1 ke 1 setengah jam.

7.   Sekiranya ada baki 1 botol susu yang belum digunakan, ia boleh disimpan semula dan boleh digunakan untuk keesokan harinya TAPI pastikan ia dilabelkan as no 1.

Little Been - warmer untuk memudahkan pengasuh panaskan EBM.

 no 1-3 dah siap ngan teat. no 4-6 guna cover botol aje.

 bekalan EBM untuk disimpan dalam peti sejuk rumah atok. letak ice gel sekali.

Mudah-mudahan segala usahaku ini mendapat keredhaan Ilahi agar penyusuan susu ibu dapat aku teruskan selama mana yang termampu. 


Selasa, 9 Oktober 2012

EBM..oooo...EBM..

Tinggal 5 hari saja lagi untuk memulakan kerja-kerja coding setelah hampir 90 hari bercuti. oooh! tidak!!! berat rasa hati ini nak tinggalkan alwani dalam tempoh 10 jam (keluar rumah pagi then ambil alwani 6 ptg). windu la. sekarang ni pun windu juga w/pun alwani tengah tidur. hehehe.... jam 10 nanti hantar dia ke rumah atok. ini minggu ke 2 aku latih alwani untuk tinggal bersama atok dan menyusu guna botol. sambil2 tu aku giat 'memerah' EBM untuk bekalan setelah bekerja nanti.

EBM since bulan Ogos aku perah dah habis stok. yang tinggal sekarang ni dari Sept until now. kira-kira ada la dalam 103 oz. insyaAllah dengan izinNya aku akan tetap teruskan projek EBM ini selama mana yang mungkin. azam la kiranya juga. eemm... harap-harap cukup sampai alwani umur 6 bulan. 


 


 


Simpan dalam plastik lebih senang pada aku sebab boleh jimatkan ruang freezer. ada pendapat mengatakan penggunaan botol untuk simpanan dalam freezer tidak sesuai digunakan untuk penyusuan. senang citer tak elok guna botol yang sama bagi bayi minum. lagi pun jika guna plastik bag, kita boleh isi sampai 12oz sekali.


mari kita amalkan surah ini.

Rabu, 3 Oktober 2012

Alwani dapat Atok baru.

Sejak kehadiran si comel Alwani dalam keluarga kami, rutin harian aku jadi kecoh sikit. mana nak didahulukan dan mana yang boleh dikemudiankan. ditambah pula dengan peel aiman dan kerenah juna. adoiii... memang perlukan kesabaran yang tinggi. huhuhu... penat memang penat tapi seronok dan tenang bila melihat si comel mengeluarkan bunyi seolah2 ingin bual dan senyum bila di agah. Di usia 78 hari, Alwani sudah pandai mengiring dan berpusing hampir 360 darjah.

 saya dah jumpa Atok.. yea..yea..

2 minggu lagi dari sekarang aku akan mula bekerja. hati mula runsing memikirkan siapa yang sudi menjadi pengasuh Alwani. kami mula cari pengasuh since genap usia Alwani 30 hari dengan harapan dapat pengasuh dekat dengan rumah. Nasib tidak menyebelahi kami apabila iklan untuk diletakkan dalam notice board tidak dilayan oleh pihak JMB. memang hampeh punya JMB. staff di kaunter memanjang aje masam muka dia. kita as customer tak pernah dapat layanan yang baik. (kalau staff gomen... ada aje yg tak puas hati.. staff swasta pun 2X5..)  akhir sekali aku minta tolong Kak Ina (kakak yang kami hire untuk aiman & juna pergi/balik dari SRA) tanyakan di kawasan rumah dia ada tak yang nak jaga bayi. tak sampai 1 hari dah ada feedback. alhamdulillah... tapi risau dan berdebar sebab kami memang tak kenal langsung orang tu. 2 minggu lepas tu kami buat temujanji untuk sesi kenal-mengenal. then 2 minggu lepas sesi temuduga kami bagi keputusan yang kami terima ciknor sebagai pengasuh Alwani sebab ciknor memang berpengalaman menjaga bayi. sebelum ni dia dah jaga lebih 3 orang bayi. yang bagusnya... ciknor jaga seorang bayi saja sehingga umur bayi tu 3-4 tahun.  rezeki Alwani. so, 1/10/2012 adalah hari pertama Alwani ke rumah pengasuh yang dipanggil Atok. jarak dari rumah pun 1.5km...dekat la juga. dan mulai hari itu juga, aku pun giat berusaha untuk menambah stok EBM serta ajar Alwani minum susu ibu menggunakan botol. 

baru lepas marah ni sebenarnya. tapi hisap juga ..

 penat mengamok. nak habis dah susu.

 habis juga 3oz

posisi kedudukan yang salah tapi gaya macam ni la baru dia dapat habiskan susu.

Jika dibandingkan aiman dan juna, alwani la yang paling susah nak ajar minum susu guna botol. bermacam2 jenis puting botol kami beli dari yang murah hingga yang berpuluh2 RM harganya. usaha kami untuk susukan alwani guna botol adalah GAGAL. ya Allah...punya kami risau. usaha terakhir kami ialah dengan meminta bantuan adik ipar (amy si mummy aaron yg 100% bagi anak2 BF) untuk guide kaedah terbaik penggunaan botol susu. so, on 30/9/2012 kami bermalam di Bandar Bukit Raja ,Klang (rumah adik). aku perhati dari jauh saja. kali pertama bagi guna botol Mimijumi alwani tolak. amy bagi lagi dengan posisi kedudukan bayi yang betul sambil ucapkan kata2 yang manja gitu. kali ke 2 ni pun tak berjaya. kali ketiga, amy tukar botol mimijum dengan botol yang aaron pernah guna dulu. akhirnya.... Alwani minum susu ibu dalam botol dengan jayanya. habis 3 oz. syukur alhamdulillah. memang berterima kasih bebanyak la pada SIL. lepas tu aku try bagi lagi guna botol. orang kata ibu jangan bagikan anak susu botol sebab ada bau ibu dan anak tak nak menyusu. tapi sebaliknya berlaku. Alwani berjaya habiskan 3 oz lagi.  lega sangat rasanya hati kami as ibu ayah. senang la nnt pengasuh a.k.a Atok nak bagi susu kat adik. syukur alhamdulillah. kini dah 2 hari alwani minum susu ibu menggunakan botol dan Atok pun kata mudah nak warm dan feed kan alwani. terima kasih ya Allah.syukran ya Allah.