Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri - 1433H

Tinggal 3 hari saja lagi berakhirnya Ramadan Al-Mubarak dan menjelmalah Syawal untuk meraikan kemenangan umat Islam menjalani ibadah puasa. Puasa kali ni tidaklah semeriah sebelum ini, iye lah aku berpantang. 2 minggu pertama juadah sahur dan berbuka emak aku yang sediakan. masuk minggu ke 3 (mak balik kg), aku dah mula berpantang sendiri dan juadah sahur + berbuka en suami la yang uruskan. orang lelaki masak tau2 aje la (harap boleh masak mcm angah raja lawak.. huhuhu jangan harap ler..) nasib baik anak2 tak mengira sangat. makan aje apa yg disediakan. bab kuih-muih beli kat bazaar saja. kalau rasa badan kuat akulah yang masakkan. aiman puasa ok. iye lah dah umur 10 tahun dah biasa. juna pun ok. ada gak tinggal puasa sebab terlepas waktu sahur dan sakit tekak. so far semuanya ok. alhamdulillah


Sekuntum bunga segar mewangi
Menyerikan suasana di Aidilfitri
Bersama kelopak ingatan nan suci
Semoga mekar di jambangan hati
Secebis ucapan pengganti diri
Tanda ingatan di sanubari
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga :
Muhd Jumadi - ayah
Jurina - ibu
Muhd Jumani Aiman
Julnar Afrina
Julnar Alwani

Julnar Alwani dan Ramadan yang mulia.

wah.. lama sungguh tak update blog. ada sebab tak update..oppss.. sebelum tu.. kepada seluruh umat Islam kami sekeluarga ucapkan Salam Ramadan yang mulia. ok sambung balik citer td..untuk makluman pembaca sekalian, 3 hari sebelum bulan Ramadan menjelma, aku telah selamat melahirkan puteri kedua kami a.k.a anak ketiga pada 17.07.2012 di Hospital Putrajaya tepat jam 6.25 ptg dgn berat 3.0 kg. syukur alhamdulillah.. kami 2 beranak sihat dan selamat.


Julnar Alwani berumur 3 hari.

Anak ni memang dinantikan dalam keluarga kami. 7 tahun menanti baru kini Allah makbulkan. yang penting kena usaha dan bertawakal. ada peristiwa pahit sebenarnya dalam tempoh 7 tahun itu. eemm....nnt la aku citer. dh betul2 ready baru aku citer. 16hb ni genap Alwani berusia 1 bln. syukur alhamdulillah. nampak gayanya bertambah meriah raya tahun ini.