Isnin, 30 April 2012

Air mata seorang isteri.

Sangat tertarik dengan kata-kata ahli ilmu ini. Ada benarnya... hayati dan renung-renungkanlah.

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah dia sebelumm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai para suami,

Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai para suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU dan Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

 

WIRA ku telah kembali.

setelah 24 hari WIRA ku dirawat, kini..dia telah selamat kembali ke pangkuan kami sekeluarga untuk memberi khidmat yang amat kami perlukan. syukur alhamdulillah...segala ujian dan dugaan dari Ilahi telah berjaya kami tempuhi. sesungguhnya..Allah akan tetap menguji hamba2Nya mengikut kemampuan hambaNya itu. thank you Allah.



Rabu, 18 April 2012

Kursus Kepimpinan SKPU 2

Ini pertama kali aiman mengikuti kursus kepimpinan di luar daerah iaitu di Teratak Malaya, Pusat Peranginan Tradisional, Janda Baik, Pahang. kursus yang diadakan 3H2M ini hanya ditawarkan kepada semua murid2 yang memegang jawatan sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. hanya doa kami kirimkan buat semua peserta2 kursus dan guru2 yang terlibat. almaklum la.. risau first time bagi keizinan anak gi 'outstation'. juna pun rindu sangat kat along dia.

pembahagian kumpulan kepada 3 buah bas.

bacaan doa dari ustaz 

masuk kumpulan A 

 bergerak untuk menaiki bas.

 bersama teman2 seperjuangan.

syukur alhamdulillah...segala apa yang dirancang mendapat keizinan Ilahi. aiman pun selamat sampai ke rumah dengan wajah yang keletihan. seronok katanya join kursus ni.

Khamis, 5 April 2012

Jaga diri baik-baik COMEL

Ingat lagi tak pada Comel? ya betul... anak kucing yang kami jaga tu. kami dah jumpa seseorang yang sanggup untuk mengambil dan menjaga Comel sehingga Comel dapat penjaga tetap. orang tu bernama Melissa (panggil Lissa). ikutkan dalam perbualan telefon sepatutnya Comel tu di ambil pada 27hb Mac jam 7..tp postponed ke 28hb dan kami sendiri yg pergi hantar Comel (boleh tengok keadaan tempat tu sekali).  tempat tu kawasan perumahan lot banglo (bumiputera). sampai2 aje kami disambut oleh  ibu kepada Lissa yang sememangnya seorang yang sukakan kucing. ada seorang pekerja yg sedang membersihkan kurungan kucing masa tu. bersih la tempat tu. kurungan kucing terbahagi kepada 2 iaitu 1 kurungan besar untuk kucing2 yang sihat dan menunggu penjaga tetap yang nak ambil. 1 kurungan lagi (kira sangkar la sbb kurungan tu bersaiz kecil) untuk kucing2 yang baru di ambil serta kucing2 yang tidak sihat. comel ditempatkan bersama seekor ibu kucing tumpang.

pergi checkup sebelum jumpa Lissa.

mula2 tengok... rasa kesian sangat. ye la kita dah tahu cara nak bg Comel minum susu dalam botol. tempat membuang urinal Comel pun kami dah sediakan dan tak bersepah la kalau Comel 'membuang'. timbul rasa sayang. tapi... kami memang tiada pilihan.

minum susu dulu sebelum Comel diserahkan ke pusat jagaan kucing.

kurungan besar. semua kucing dalam keadaan baik.
Pemilik Omiey Home, Melissa 012-2812640

 kurungan kecil utk kucing yang baru sampai.

 Comel bersama adik-beradik sesusu.

ibu susuan Comel (kanan).

Kami mendoakan agar Comel sentiasa sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Ilahi. umur baru sebulan dah kena belajar hidup berdikari. InsyaAllah, ada masa terluang kami akan menziarahi Comel. we miss u so much. 

Kemalangan lagi.

Hujung minggu yang lepas, kami adik beradik berpakat balik kg untuk menghadiri majlis tahlil arwah makcik (sabtu malam ahad). seronok sangat dapat berkumpul dan meriuhkan rumah mak. selesai segala urusan esoknya kami pun bergerak balik. nak kata konvoi... semuanya gerak sendiri2. cuma beza 30 minit aje kami bergerak pulang. our turn untuk bergerak dalam jam 6 petang (noor gerak dalam jam 5, ky gerak jam 5.30). macam biasa la... adriana menangis2 nak ikut makngah dia balik sekali (kesian ari.. kiranya farouk org terakhir gerak). 

Di awal perjalanan semuanya ok. entah sampai mana aku dan anak2 terlelap. tinggal la en husband seorang diri memandu sambil mendengar radio. sampai aje di Bt 10, Tanjong Karang... tetiba...bunyi BOOMMMM..... aku tersedar + tersentak. nampak MPV di depan dan tak tau apa jadi sebenarnya. tau2 terasa sakit yang amat sangat terutama sekali dibahagian perut. aiman mengerang kesakitan dan juna pula dalam kebingungan. Ya Allah... rupa-rupanya kami kemalangan.  AllahuAkbar.

pada malam kejadian. radiator pecah.

esok pagi dah bawa masuk bengkel di Subang Jaya.

 
dari sudut sisi.

Syukur alhamdulillah, kami semua selamat. cuma cedera ringan dan sakit2 badan masih terasa hingga ke hari ini. bernasib baik sebab kami pakai tali pinggang keledar. kalau tak.. mungkin lagi sakit la jawabnya.

p/s : jangan abaikan pemakaian tali pinggang keledar walaupun jarak perjalanan yg dekat.